Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak telah mengarahkan guru lelaki
yang didakwa mencederakan empat pelajar dua hari lepas, menjalani
pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Manjung. Timbalan Pengarahnya Mohd Idris Ramli berkata guru berkenaan direhatkan
selama seminggu sehingga 19 Feb ini dan diarahkan menjalani pemeriksaan
itu berdasarkan laporan pihak sekolah bahawa guru itu dipercayai
mengalami tekanan di samping masalah mental.
Beliau berkata ini kerana tindakannya mencederakan empat pelajar itu
dilihat tidak normal berbanding hukuman rotan yang dianggap biasa. Katanya selepas tempoh berkenaan guru yang mengajar mata pelajaran
bahasa Inggeris dan komputer di sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
(SMJK) di Sitiawan itu akan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD) Manjung sehingga
kes itu selesai.
"Kita akan meneliti dan menyiasat perkara ini dengan melibatkan semua
pihak untuk mengetahui kejadian sebenar termasuk kesemua pelajar
berkenaan. Kita telah menghantar dua pegawai kita ke sekolah berkenaan
pagi tadi," katanya. Mohd Idris berkata guru berkenaan juga pernah terlibat dalam kejadian
hampir sama di sekolah yang sama pada 22 Jan lepas namun ia berjaya
diselesaikan secara baik dengan keluarga pelajar.
Hari ini, akhbar melaporkan guru berkenaan didakwa bertindak
keterlaluan apabila membelasah empat pelajar di sekolah berkenaan pada
12 Feb lepas. Seorang pelajar lelaki disepak di bahagian muka dan mengalami
pendarahan di dagu ketika berada di makmal komputer selain seorang
pelajar perempuan ditumbuk lima kali di bahagian muka sehingga
menyebabkan cermin matanya patah. Dua lagi pelajar turut didakwa menjadi mangsanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Jaafar Baba berkata
pihaknya menerima laporan daripada empat pelajar berkenaan iaitu seorang
pelajar Tingkatan Dua dan tiga pelajar Tingkatan Satu. "Siasatan mendapati kejadian terhadap tiga pelajar Tingkatan Satu ada
kaitan dengan tidak membawa buku latihan ke sekolah, manakala kejadian
melibatkan seorang pelajar lagi mungkin tidak disengajakan adalah
berkaitan botol air," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis
Daerah Manjung.
Beliau berkata polis telah merekodkan keterangan daripada guru berusia
34 tahun itu semalam selain mendapatkan rekod kesemua pelajar terbabit
daripada pihak sekolah dan rekod guru itu daripada PPD Manjung untuk
siasatan. sinarharian
-- Spotcheck Dapur KFC Jom Terjah
-- Keputusan FAM JDT vs T-Team Gaduh Dalam Terowong JDT Layak Ke Suku Akhir Piala FA (Gambar)
-- (Gambar) Majlis Perkahwinan Tan Sri Taib Dan Ragad Waleed Meriah
-- Leuniey Natasha Bersalin Anak Perempuan 2.75Kg (Gambar)
No comments:
Post a Comment