ND Lala meminta supaya jangan menghukum anaknya, Shila Amzah
disebabkan pakaian yang dikatakan tidak sesuai dengan imej bertudungnya
apabila mengenakan dress pendek ketika pertandingan nyanyian di
Shanghai, I Am Singer awal bulan lalu.
Sebaliknya, sebagai ayah dia bertangunggjawab atas apa yang berlaku
ke atasnya kerana ketika itu dia yang mengetahui situasi dan hal
sebenarnya.
“Sebenarnya sejak Shila menyertai pertandingan I Am a Singer,
Alhamdulillah dia menerima banyak undangan untuk program TV di Beijing.
Setakat ini sudah lima jemputan dari program TV yang dihadirinya. Jadi
pada malam itu, pihak stesen TV meminta untuk dia membuat semula rakaman
untuk satu lagi lagu. Masa tu dah pukul 1.30 pagi dan penonton semua
dah balik.
“Bagaimanapun timbul masalah pakaian kerana baju yang dibawa telah
digunakan pada persembahan lain. Pada jam 1.30 pagi, kami tak ada banyak
masa untuk balik semula ke hotel yang memakan masa 1 jam perjalanan dan
kami tak mahu membuatkan kru produksi menunggu. Jadi Shila terpaksa
memakai baju yang ada di wadrobe produksi. “Hanya kostum itu saja yang ada. Memang itu saja. Seluar legging pun
memang ada warna itu saja. Jadi, salahkan saya bukan dia,” jelasnya.
Pakaian Shila dikritik hebat oleh peminat-peminat tanah air gara-gara
dia tampil dengan gaun pendek dengan seluar ketat (legging) dari rona
kulit yang kelihatan seolah-olah penyanyi itu mendedahkan auratnya
biarpun bertudung. Dalam pada itu, ND Lala meminta usah jadikan anaknya sebagai ikon
Muslimah sebaliknya lihatlah Shila Amzah sebagai seorang penyanyi.
“Di sini juga saya ingin ambil kesempatan untuk menyatakan, lihatlah
Shila sebagai ikon penyanyi bukan ikon muslimah. Untk melabelkan dia
sebagai ikon muslimah, banyak perkara berat yang dia tak boleh bawa
nanti,” pintanya. Sementara itu, Shila memberitahu pemakaiannya banyak diuruskan oleh pihak pengurusan di sana.
“Tentang pemakaian saya pada hari tersebut sebenarnya bukan pun satu
isu. Pada ketika itu abah ada bersama saya. Sebenarnya dari segi imej
dan penampilan saya serahkan pada pihak pengurusan saya. Mereka yang
buat keputusan yang terbaik untuk diri saya,” katanya. murai.com
-- Pernikahan Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Di Balik Pulau (Gambar)
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Zam Juara Skool Of Lawak Raih RM100 Ribu (Gambar)
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
No comments:
Post a Comment