Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal
lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 bilion berbanding
RM46.1 bilion tahun lepas, diikuti ahli perniagaan T. Ananda Krishnan
dan tokoh perbankan Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow.
Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang
dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion,
peningkatan sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lepas. Hong Piow, kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset
bernilai RM18.07 bilion, lapor Malaysian Business, majalah Perniagaan
utama dalam terbitan 16 Februari.
Ia melaporkan gabungan kekayaan 40 individu paling kaya itu meningkat
kepada RM217.82 bilion pada 18 Jan 2014 atau 11.73 peratus daripada
RM194.86 bilion tahun lalu. Semasa majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40 individu paling
Malaysia pada 2002, gabungan jumlah aset mereka sebanyak RM41.7 bilion,
dengan Robert Kouk Hock Nien berada di tempat teratas.
Majalah itu berkata tempat keempat dalam senarai itu ialah Tan Sri Quek
Leng Chan melalui Hong Leong Group dan Guoco Group, dengan kekayaan
bernilai RM14.11 bilion tahun ini. Tempat ke-5 ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group yang melompat
dari kedudukan keenam tahun lepas, mengatasi Tan Sri Syed Mokhtar
Albukhary yang jatuh ke tempat keenam. Kekayaan Lee tahun ini berjumlah RM13.12 bilion, naik daripada RM10.56 bilion tahun lalu.
Syed Mokhtar berada di tempat keenam walaupun kekayaan beliau meningkat
sebanyak 4.43 peratus kepada RM11.07 bilion daripada RM10.6 bilion pada
tahun lepas. Ketua Genting Group Tan Sri Lim Kok Thay dan ibunya, Puan Sri Lee Kim
Hua, mengekalkan kedudukan mereka, masing-masing di tempat ketujuh dan
kelapan. Kekayaan Lim meningkat 16.18 peratus kepada RM9.43 bilion manakala Lee meningkat sebanyak 3.2 peratus kepada RM7.47 bilion.
Datuk Mokhzani Mahathir melalui Sapura Kenchana Petroleum berada di tempat kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion. Tokoh perbankan Tan Sri Azman Hashim melalui Arab-Malaysian Corporation
menduduki tempat ke-10 dengan aset bernilai RM4.11 bilion tahun ini. Malaysian Business berkata antara fakta menarik ialah sejak 2002, 81
usahawan menyertai senarai 40 individu terkaya di Malaysia dan 15
berjaya kekal di atas secara berterusan.
Keseluruhannya, peningkatan kukuh kekayaan mereka boleh dikaitkan
dengan sumbangan prestasi pasaran dan harga inflasi, dengan kekayaan
mereka sebahagian besarnya berasaskan kepada pegangan masing-masing. Ia juga menggambarkan prestasi syarikat-syarikat mereka dan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang positif dalam tempoh 12 tahun. Tahun ini terdapat 33 jutawan dalam senarai harta mencecah angka
bilion, lebih dua daripada tahun lepas dan 29 daripada 40 dalam senarai
merekodkan lebih tinggi daripada tahun lepas. Daripada jumlah itu, 20 individu mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 10 peratus.
Dua individu kembali memasuki senarai tahun ini, Datuk Tony Tiah dari
TA Enterprise di tempat ke-38 dengan aset bernilai RM589.14 juta,
manakala Tan Sri Rozali Ismail dari Puncak Niaga Holdings memasuki
senarai 40 Teratas dengan RM543.74 juta. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kekayaan 40 Teratas dinilai berdasarkan
nilai pegangan mereka dalam syarikat tersenarai pada 18 Januari 2014. sinarharian
-- Guru Sepak Tumbuk Pelajar Diarah Jalani Pemeriksaan Mental (Gambar)
-- Saya Dipukul Lebih Seribu Kali Setahun Ammar Anak Azizul Di Sweden
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Nurul Halimin Enggan Komen Jadi Isteri Kedua Sham Kamikaze
No comments:
Post a Comment