Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dikreditkan terus ke dalam
akaun bank pemohon pada 22 Februari ini, kata Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak. Menerusi laman Facebooknya pada Selasa, Najib berkata, bagi pemohon
yang tiadaakaun bank atau tidak sempat mengemaskini maklumat perbankan
mereka, bayaran BR1M akan dibuat secara berperingkat bermula 23
Februari.
Pendaftaran permohonan BR1M bagi pemohon baharu ditutup pada 31
Januari lepas, sementara bagi penerima sebelum ini mereka hanya perlu
mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota
keluarga dan akaun bank.
Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober
lepas, isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak
akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM650, sementara individu bujang
yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan
RM300.
-- Wan Sakinah Dan Baby Bump Bersama Ashraf Muslim (Gambar)
-- Zizan Nafi Bercumbu Dengan Emma Maembong Dalam Kapal Terbang
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
No comments:
Post a Comment