Penyegar udara yang sering diletakkan di dalam kereta kita ataupun
di rumah mungkin berbau nyaman tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan
tanpa kita sedari. Enam produk penyegar udara yang biasa digunakan yang ditemui di pasar
raya dan kedai di seluruh negara telah diuji oleh sekumpulan pengguna,
mengandungi empat bahan kimia berbahaya iaitu - toluena, benzena,
formaldehid dan phthalates.
Kesemua produk didapati mengandungi salah satu daripada bahan kimia
terbabit pada paras tertinggi dengan phthalates - bahan mengganggu
sistem endokrin (EDS) - terkandung dalam empat daripada enam produk
tersebut. Pendedahan dalam tempoh yang lama kepada EDS boleh menjejaskan sistem imun dan otak.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard
Malaysia, Ratna Devi Nadarajan yang menjalan ujian itu, EDS boleh
menyebabkan lelaki berkelakuan lebih feminin dan sebaliknya. "Ia juga boleh membantutkan perkembangan organ-organ penting dan
menyebabkan keguguran. Tahap kerosakan, bagaimanapun, bergantung kepada
kesihatan individu, dengan wanita hamil dan kanak-kanak berdepan risiko
tinggi," katanya. Ratna berkata sesetengah penyegar udara ditemui mengandungi campuran beberapa jenis phthalates yang jauh lebih berbahaya.
Dua daripada penyegar udara ditemui mengandungi toluena yang boleh
merosakkan hati, buah pinggang dan otak jika terdedah terlalu lama
kepada produk itu. Persatuan itu turut menemui penyegar udara buatan tempatan
mengandungi bahan kimia yang tinggi iaitu toluena dan tiga jenis
phthalates. Ratna menjelaskan kebanyakan orang di luar sana terutama di kawasan
bandar menghabiskan beberapa jam dalam kereta setiap hari, menghidu
bahan kimia dari penyegar udara itu.
"Sekurang-kurangnya, bahan kimia ini boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan kemurungan," katanya. Apabila berada dalam persekitaran yang terhad seperti di dalam kereta
dengan udara segar yang amat sedikit, beliau berkata bahan kimia itu
lebih berbahaya.
Ratna berkata mereka masih menunggu data mengenai had dan praturan
penyegar udara dari pengawal selia tempatan serta negara-negara lain
untuk melakukan perbandingan. Beliau menasihatkan para pengguna untuk mengelakkan penggunaan
penyegar udara terlalu kerap dan memilih pengudaraan secara semula jadi
dan mementingkan kebersihan di rumah. Ratna mencadangkan alternatif
semula jadi seperti daun pandan, serai dan arang. mstar
-- Persandingan Abby Abadi Dan Farhan (Gambar)
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)
No comments:
Post a Comment