Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu
keputusannya untuk bertudung litup mendapat sokongan daripada suaminya,
Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Siti berkata, suaminya benar-benar gembira selepas beliau terbuka
hati untuk melakukan kewajipan sebagai Muslimah iaitu menutup rambut
sepenuhnya ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 34 pada 11
Januari lalu.
"Suami saya adalah antara yang sangat gembira dengan peralihan imej
Siti dan boleh dikatakan dia juga merupakan tunggak yang banyak
menyokong kepada perubahan ini. "Bagi Siti, ia adalah satu keikhlasan yang datang daripada diri dan
berharap agar imej ini kekal sampai bila-bila,” katanya kepada mStar
Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Tambah Siti, dia juga menganggap perubahan yang dilakukan ini berkat
daripada doa daripada dirinya sendiri, keluarga serta peminat apatah
lagi selepas beliau mengerjakan haji sebelum ini.
Sementara itu, Siti berkata, walaupun sudah berhijab, ia bukanlah satu penghalang untuk beliau aktif dalam karier seni. Malah Siti masih lagi mendapat khidmat pereka fesyen kegemarannya
iaitu Rizman Ruzaini dalam membantu memadankan busana dan hijab yang
sesuai untuk dipakai.
"Sebelum ini saya sudah biasa tampil berselendang dan imej sekarang
ini tidak membuatkan diri berasa janggal, malah ia akan disesuaikan
mengikut corak persembahan.
Buat masa ini Rizman Ruzaini akan membantu dalam menyesuaikan gaya tudung dan imej untuk muncul di pentas. "Siti juga selesa tampil memakai 'inner' di dalam manakala di
bahagian luar pula, Siti gayakan mengikut cara sendiri dengan mendapat
ilham fesyen yang terkini.
"Siti juga mengambil inspirasi daripada majalah, Internet serta
melihat di YouTube dan menggabungkan gaya-gaya yang sesuai mengikut
keselesaan diri. Mungkin fesyennya akan berubah-ubah juga nanti,"
tuturnya.
Ditanya adakah sebarang perbezaan sebelum dan selepas bertudung, kata
Siti dia lebih berfikiran positif dan berharap akan menjadi lebih
tenang dalam menjalani kehidupan seharian.
"Saya yakin apa yang baik itu akan diterima, malah ramai yang gembira dan mendoakan, Insya-Allah," ujarnya.
Dalam perkembangan lain Siti akan berehat sehingga Mac depan untuk
memberi tumpuan kepada penjagaan suaminya yang masih dirawat akibat
kemalangan motosikal di New Zealand pada 13 Disember lalu. mstar
-- Aaron Aziz Dukung Adira Di AJL 27 (Gambar)
-- Sembilan Tahanan Penjara Pulau Pinang Lolos Lepas Pukul Polis Dalam Van
No comments:
Post a Comment