Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak menuntut
bintang bola sepak kelab SC Beira-Mar Portugal, Mohd. Nazmi Faiz Mansor
membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menuduhnya menjalinkan
hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya, Tengku Fiella.
Aidil, 25, yang juga pemain bola sepak pasukan negeri Johor berkata,
tuduhan Mohd Nazmi, 19, yang dibuat menerusi Twitter miliknya itu telah
memburukkan lagi keadaan Aidil yang masih berhadapan masalah rumah
tangga dengan pelakon Rita Rudaini.
“Masalah saya dengan Rita masih belum selesai, timbul pula hal baru
yang tidak benar. Saya tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana
wanita dan saya minta Mohd Nazmi memohon maaf dengan tuduhannya itu,”
kata Aidil kepada mStar Online yang dihubungi di sini petang pada Isnin.
Mohd Nazmi yang juga bintang bola sepak remaja kebangsaan menerusi
Twitter miliknya pada Isnin telah menuduh Aidil Zafuan mempunyai
hubungan dengan bekas kekasihnya sehingga sanggup memberikan wang
RM1,000 untuk berbelanja. Malah Mohd Nazmi juga mendakwa kedua-dua mereka turut tinggal bersama
sejak beberapa minggu lalu selepas diberitahu oleh rakannya.
Bagaimanapun, kira-kira pukul 9.30 pagi Isnin, Mohd Nazmi telah
memadamkan komen berkenaan menerusi Twitter miliknya tetapi sempat
disalin oleh pihak mStar Online. Tambah Aidil, dia telah menghubungi Mohd Nazmi yang kini berada di
Portugal pada petang Isnin untuk mendapatkan gambaran kenapakah dia
memuat naik status tersebut.
Katanya, Mohd Nazmi memberitahu dia berbuat demikian kerana begitu
marahkan bekas teman wanitanya itu selain terlalu mendengar cakap
rakan-rakan mengenai hal berkenaan. "Nazmi menjelaskan bahawa dia tidak fikir panjang apabila mendapat
tahu kononnya saya mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya selain
tidak memikirkan kesan daripada tindakannya memuat naik status tidak
benar itu.
“Dia sudah memohon maaf daripada saya dan sebagai orang yang lebih
tua daripadanya, saya memaafkan dia walaupun yang nampak buruknya akan
terkena pada saya. Maklumlah (dia) darah muda. "Cuma saya mahu dia bersihkan nama saya. Lagipun kami tidak bermusuhan pun," ujarnya. Aidil turut memberitahu dia tidak mengenali gadis yang dimaksudkan
Mohd Nazmi manakala jumlah RM1,000 yang dikatakan itu juga tidak benar.
Sementara itu Tengku Fiella yang merupakan gadis kelahiran Kelantan
berkata Mohd Nazmi merupakan seorang yang kuat cemburu dan meminta semua
pihak tidak mengambil serius kenyataan itu. “Jangan ambil serius apa yang Nazmi Faiz tulis di Twitter kerana dia
sendiri belum matang dan mungkin dalam keadaan tertekan dengan kelab di
portugal,” katanya seperti dilaporkan portal rotikaya.com. pada Isnin. Malah gadis tersebut juga berkata dia tidak pernah mengenali Aidil Zafuan dan bersimpati kerana turut dikaitkan dalam isu itu.
Dalam perkembangan terbaharu, Mohd Nazmi telah membuat permohonan
maaf menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 9 malam Isnin dan meminta
semua pihak tidak menyalahkan Aidil.
"Saya minta maaf mengenai perkara yang lepas, jangan salahkan Aidil Zafuan. Dia tiada kaitan dalam hal ini," katanya. mstar
-- Perodua Panggil Balik Semua Myvi Baru Ganti Lajur Stereng EPS
-- (Gambar) Amy Search Lawat Hairuman Mangsa Renjatan Elektrik Di Hospital
No comments:
Post a Comment