"Sebenarnya saya mahu berubah ke jalan yang diredhai Allah sebelum mengenali Johan lagi dan saya beritahu hasrat itu kepada Lisdawaty (pelakon). "Jadi, apabila Johan bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya, terus saya anggap dialah yang akan membimbing saya. Tetapi apabila keadaan sudah berubah (putus cinta), saya tetap akan teruskan niat untuk menjadi muslimah yang baik," katanya.
Menerusi sebuah laporan akhbar pada 29 November lalu, Johan yang sebelum ini dianggap menjalinkan hubungan mesra dengan penyanyi Shila Amzah dilaporkan telah melamar Lana untuk dijadikan sebagai isterinya selepas tiga hari berjumpa. Pasangan itu bertemu ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 lalu dan tiga hari kemudian, Johan terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan aktres seksi itu kerana percaya Lana adalah jodohnya yang dimohon ketika mengerjakan umrah pada April lalu.
Bagaimanapun Johan menerusi kenyataanya di sebuah akhbar pada Rabu mengumumkan perpisahan cinta mereka selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarga Johan. Sementara itu, Lana yang sebelum ini sering menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berbangsa Inggeris berkata, dia akan berhati-hati selepas ini dalam ingin menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Melayu. "Bukan tidak percayakan lelaki Melayu. Takkanlah kerana Johan, saya isytiharkan lelaki Melayu semuanya sama. Itu tidak adil. Cuma selepas ini saya perlu berhati-hati." ujarnya. mstar
-- Johan Asari Dan Lana Nordin Putus Cinta Kerana Tidak Direstui Keluarga (Gambar)
-- Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Jururawat Mengaku Berkhalwat Dengan Suami Orang (Gambar)
No comments:
Post a Comment