Seorang maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan
membabitkan dua treler dan dua kereta di Km 257.2 lebuhraya
Utara-Selatan menghala Selatan berhampiran Terowong Menora di sini,
Isnin.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, pemandu lori treler yang
membawa muatan siling, M. Ukesparen, 31, disahkan mati di Hospital Raja
Permaisuri Bainun (HRPB).
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Abdul Gaffar Muhamad ketika
dihubungi berkata kejadian itu membabitkan treler berkenaan dengan
sebuah lagi treler yang membawa muatan bitumen serta dua kereta
masing-masing jenis Avanza dan Nissan Latio dengan kesemuanya dalam
perjalanan menghala ke Selatan.
"Treler yang membawa muatan siling itu mengalami kerosakan brake dan
cuba memperlahankan kenderaannya sebelum menghimpit treler yang membawa
muatan bitumen itu dan menyebabkannya (treler bitumen) terbalik dan
masuk gaung," katanya. Katanya treler yang membawa muatan siling itu kemudiannya terbabas ke hadapan dan merempuh dua kereta itu.
Beliau berkata bapa kepada Ukesparen cedera pada bahagian kepala
manakala pemandu treler yang membawa muatan bitumen tidak mengalami
sebarang kecederaan. "Kereta Avanza membawa seramai lima penumpang dan seorang daripada
mereka Rokiah Awang mengalami patah tangan kiri manakala yang lain
cedera ringan. Pemandu kereta Nissan turut mengalami cedera ringan,"
katanya.
Tiga mangsa dihantar ke HRPB manakala empat yang lain menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar. Abdul Ghaffar berkata ekoran kejadian itu, kenderaan dari arah
selatan menghala utara bergerak perlahan sepanjang empat kilometer
disebabkan pengguna jalan raya mahu melihat kejadian itu. mstar
-- Villa Nabila Berhantu 23 Kanak Kanak Hilang? (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di Paris (Gambar)
No comments:
Post a Comment