my nuffnang

Pages

Monday, April 20, 2015

Amar Baharin Cedera Ditumbuk Ketika Penggambaran (Gambar)

Amar Baharin mengalami cedera di bahagian kening  akibat ditumbuk ketika menjalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga di Rawang pada pagi Ahad.


Amar, 30, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama 10 pelakon tambahan berlakon dalam babak aksi dan ketika penggambaran berlangsung, dia terkena tumbukan daripada salah seorang daripada mereka, seorang pelakon baharu bernama Redza.

Ketika kami sedang berlawan, saya tidak sempat untuk menepis tumbukan lawan saya. Tetapi masa itu saya tak rasa sakit. Dua jam selepas kejadian barulah saya ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu luka saya agak dalam dan ia perlu dijahit," katanya.

Bagaimanapun kata Amar, dia meminta doktor tidak menjahit luka tersebut sehinggalah dia selesai menjalani penggambaran drama arahan Rashid Sibir itu. Mengikut kata doktor, saya perlu berehat sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sehingga kesan koyak itu pulih,"katanya. mstar

-- Istiadat Bersanding Putera Sultan Brunei Di Istana Nurul Iman (Gambar)
-- Aidana Turut Aktif Terbangkan Heli Nahas Tan Sri Jamaluddin Jarjis (Gambar)
-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)
-- TMJ Dan Che Puan Khaleda Di Majlis Makan Malam Diraja (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

No comments: