"Jika betul Chacha menikam ayahnya dari belakang, MAKA SAYA TIDAK
ADA ANAK BERNAMA AISHAH @ CHACHA". Itu luahan rasa daripada bapa kepada
Chacha Maembong menerusi akaun Facebook miliknya selepas beberapa isu
membabitkan anak-anaknya disiarkan di media massa.
Difahamkan tercetusnya 'kemarahan' ini disebabkan kenyataan daripada
Chacha yang dianggap membelakangkan tanggungjawabnya sebagai seorang
bapa.
Tulisnya lagi; "Mereka tidak dihalau, tetapi bapa mana mahu izinkan anak gadisnya tinggal bersama abang ipar!! Bapa sentiasa runsing soal keselamatan anak2. Sy kurang senang mereka
duduk di Condo tinggi atas Highland Towers yg runtuh 1993. Semua boleh
pergi lihat rumah2 kawasan itu, byk sudah ditinggalkan. Soalnya, apa salahnya beritahu ayah sebelum sesuatu tindakan diambil."
Ismail yang juga merupakan pelukis profilik tersohor negara menganggap isu ini sengaja mahu mengaibkan namanya. "Nampaknya saya yg bersalah dalam soal ini, tidak mendidik anak cara
terbaik. Sekali lagi diulang, andai ada anak bersubahat dgn orang luar
hendak aibkan ayah ini, MAKA ANAK ITU BUKAN ANAK SAYA. Selama ini pun
tinggal seorang, hanya tunggu dijemputNya biarlah keseorangan," katanya
lagi.
Berdasarkan apa yang terjadi, Ismail tetap dengan pendirian dan prinsip diri terutamanya dalam soal hukum agama."Pendekkan cerita; berjuta kali saya pohon jangan diBESARKAN nikah
hingga jadi riak. Udah jadi suami isteri, buatlah bersanding nanti cara
yang dimahu suami.
"Nasi udah jadi bubur, diharap dapat pengajaran pada semua. ALASAN
MASING-MASING SIBUK HINGGA TIDAK BOLEH JEMPUT ORANG PALING PENTING DALAM
PERNIKAHAN TIDAK BOLEH DITERIMA SESIAPA YANG WARAS. Rasanya kalau
terkena pada bapa/wali lain, mereka tidak akan pergi, maka batallah
majlis itu."
Apapun yang berlaku, ingatlah air dicincang tidak akan putus. Semoga
masalah yang melanda dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik dan
berhemah. mediahiburan
-- Fariq Ab Hamid MH370 Dan Kapten Nadira Ramli Pilot Air Asia Rancang Kahwin (Gambar)
-- Seks Dalam Kereta Pasangan Kekasih Larikan Diri Kemalangan Di Plaza Tol Damansara (Gambar)
-- Syura Dirayu Bekas Suami Rujuk Kembali Kerana Masih Sayang Dan Demi Anak (Gambar)
-- Perkahwinan Pengantin 12 Tahun Nur Fazira Saad Dan Mohd Fahmi Mohd Alias 19 Tahun (Gambar)
No comments:
Post a Comment