my nuffnang

Pages

Monday, September 21, 2015

Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Direman 14 Hari (Gambar)

Lelaki warga India yang menolak dan menampar imam Masjid Negara ketika solat Jumaat direman selama 14 hari. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, suspek Ahbir Ahmad Khan 31 direman bermula Sabtu hingga 2 Oktober ini.


"Lelaki ini disiasat kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah,"katanya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera dan melakukan ugutan jenayah.

Pada Jumaat, difahamkan imam Mohd Zuhairee Mohd Yatim sedang membacakan surah apabila suspek berdiri di hadapannya dan menolaknya pada pukul 1.30 petang. Lelaki dari Kashmir itu juga cuba merampas mikrofon sebelum menampar imam berkenaan pada pipi kanan dikatakan untuk mengimamkan solat itu. Bagaimanapun, pihak keselamatan dapat mengawal keadaan dengan menahan lelaki itu untuk membolehkan imam berkenaan melaksanakan tugasnya semula. mstar

-- Lisa Surihani Bersalin Anak Perempuan
-- Syarafina Mansor Pelajar Uitm Perlis Ditemui Mati
-- Wanita Tahan Kaki Sebabkan Lelaki Tua Dukung Budak Tersadung Jatuh Dipecat (Gambar)
-- Koleksi Gambar Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin, Jom Tgk
-- Mayat Kevin Morais Ditemui Dalam Tong Konkrit 5 Suspek Ditahan (Gambar)
-- Alvin Tan Hina Islam Rakam Video Muslim Call To Prayer Azan RnB Cover (Gambar)

No comments: