my nuffnang

Pages

Tuesday, November 03, 2015

Siaran TV Digital Percuma MYTV Mulai Tahun Depan

Rakyat Malaysia bakal menikmati siaran televisyen digital sepenuhnya secara percuma bermula awal tahun depan dengan adanya perkhidmatan siaran Televisyen Terestrial Digital yang akan dikendalikan oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV).


Ketua Pegawai Operasi MYTV, Mohamed Redzwan Yahya bagaimanapun berkata untuk menikmati perkhidmatan tersebut, pengguna perlu terlebih dahulu memiliki set dekoder atau Set Top Box atau televisyen yang mampu menerima siaran digital secara langsung yang dikenali sebagai iDTV.

Katanya untuk itu, set-set dekoder dan televisyen berkenaan perlu mempunyai label khas bagi penerimaan siaran DTTB yang diperkenal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dikenali sebagai 'Label Pengguna Alat Penerima DTTB atau ringkasnya 'DTTB Malaysia' yang akan mula diguna pakai awal tahun hadapan.

Dengan adanya label khas ini, pengguna dapat memastikan mereka hanya membeli alat penerima siaran DTTB seperti dekoder dan televisyen yang disahkan untuk menikmati siaran digital dengan kualiti gambar serta audio terbaik, katanya. mstar

-- Lelaki Malaysia Mengamuk Di Little Ipoh Melbourne Milik Raja Yasmin (Gambar)
-- Datuk Vida Qu Puteh Ada 10 Crown Paling Mahal RM100K Ditempah Di Hong Kong (Gambar)
-- Perkahwinan Asyraf Datuk K Dan Nurtria Model Indonesia Di Hotel Majestic (Gambar)
-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)

No comments: