my nuffnang

Pages

Friday, March 20, 2015

Polis Tidur Waktu Bertugas Gambar Mungkin Diambil Pihak Dalaman

Polis tidak menafikan kemungkinan gambar dua anggotanya yang tidur di Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Butterworth, Pulau Pinang diambil pihak dalaman sebelum disebarkan dalam media sosial.


Gambar anggota polis lelaki dan wanita yang tidur di kerusi di pejabat pertanyaan balai polis semasa bertugas tersebar di media sosial dan mengundang kritikan pelbagai pihak.

Menurut Astro AWANI, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun menjelaskan bahawa siasatan lanjut masih dijalankan dan tindakan disiplin akan diputuskan selepas siasatan tersebut.

Fuzi berkata, beliau belum memperoleh maklumat terperinci mengenai kejadian ini tetapi dimaklumkan ada di kalangan pihak dalaman yang mengambil gambar ini. Difahamkan, dua anggota polis itu akan dikenakan tindakan displin yang lebih berat bergantung kepada hasil siasatan.

Beliau juga menyatakan bahawa mereka (pihak polis) tidak mahu perkara ini menjejaskan imej polis, dan anggota polis berkenaan perlu melaksanakan tugas dengan tekun dan bukan tidur ketika melaksanakan tugas. mlp

--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
--  Guru Salahkan Kementerian Pelajaran Punca Bakal Bercerai (Gambar)
--  Pelajar Mati Terjun Tingkat 10 Sekolah (Gambar)
--  Diana Danielle Seksi Jadi Model Majalah (Gambar)
--  Isteri Nabil Bersalin Anak Kedua (Gambar)

No comments: