Tiga kajian terbaharu yang disiarkan di Amerika Syarikat (AS) pada
minggu lalu mengesahkan terdapat kaitan antara minuman manis berkarbonat
dan air buah-buahan yang mengandungi kandungan gula tinggi dengan
penularan kegemukan atau obesiti dalam kalangan penduduk AS.
Menurut penulis satu kajian yang disiarkan jurnal New England Journal
of Medicine di online, pengambilan minuman tersebut meningkat lebih dua
kali ganda sejak tahun 1970-an. Kajian itu menyatakan pada tempoh masa yang sama, kadar obesiti dalam kalangan penduduk dewasa AS meningkat 30 peratus.