my nuffnang

Pages

Wednesday, November 23, 2011

Majistret Kekal Dijel 3 Tahun, Denda RM40 Ribu

Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM40,000 terhadap seorang majistret yang disabitkan bersalah atas dua pertuduhan rasuah, kira-kira dua tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah berkata, Hakim Mahkamah Sesyen, Sabariah Othman telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam membuat keputusan terhadap Mohd. Firdaus Ramlan, 29, pada 3 Oktober tahun lalu.

Dalam penghakimannya hari ini, Azman turut menyifatkan tindakan Mohd. Firdaus itu telah melanggar amanah yang diberikan untuk menegakkan keadilan. ''Saya telah meneliti segala hujah dan mendapati keputusan Mahkamah Sesyen itu tepat dan tidak terkhilaf dari segi hukuman. Saya sifatkan ini seperti harapkan pagar, pagar makan padi dan keputusan hakim Mahkamah Sesyen adalah sah,'' katanya.

Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan peguam bela Mohd. Firdaus, Datuk Shukri Mohamed untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan. Mahkamah Sesyen di sini pada 3 Oktober lalu menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000 bagi pertuduhan pertama dan bagi pertuduhan kedua pula, Mohd. Firdaus dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM25,000. Kedua-dua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Firdaus yang merupakan majistret di Mahkamah Kuala Krai dan Machang, disabitkan bersalah menerima suapan RM3,000 daripada Md. Shani Ishak di Stesen Minyak Esso, Machang pada pukul 10.30 malam, 11 Oktober 2009. Wang suapan tersebut didakwa diberikan sebagai dorongan untuk meringankan hukuman terhadap lelaki itu dengan menjatuhkan hukuman bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran sebanyak RM1,000.

Mohd. Firdaus turut didapati bersalah meminta suapan RM5,000 daripada Md. Shani atas tujuan yang sama di bilik Majistret Mahkamah Kuala Krai pada pukul 9 pagi, 6 Oktober 2009.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(A) dan Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang masing-masing boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama. Di bawah seksyen tersebut, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda RM10,000 atau denda lima kali ganda nilai suapan, atau mana-mana yang lebih tinggi. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Sophian Zakaria. utusan

-- Gambar Hot Zarina Ann Jolie Di Majalah FHM Indonesia
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Majalah Lisa, Perhh

No comments: