Ibu tiga anak, Nur Idayu Aziz 34, yang dipercayai dilarikan sekumpulan
warga Indonesia ke Jawa Timur hampir sebulan lalu, berjaya dibawa pulang
ke pangkuan keluarga oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).
Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang menyambut ketibaan
wanita itu bersama suaminya, Mohd Riduan Abdul Razak, 34, di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, mengucapkan terima
kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan misi diketuai
Setiausaha Agung KP1M, Abdul Khalid Chairul seminggu lalu.
Beliau berkata, wanita malang itu berjaya dikesan minggu lalu,
disembunyikan di sebuah rumah di kawasan pedalaman Rambipuji di daerah
Jember, kira-kira enam jam perjalanan dari Surabaya. “Ketika kami jumpa dia, keadaannya seperti tidak sedarkan diri malah
langsung tidak mengenali suaminya dan kita mengambil masa tiga hari
untuk mengubati dia dengan menggunakan kaedah rawatan Islam. “Sekarang keadaannya bertambah baik, biarpun tidak pulih sepenuhnya,
kita dimaklumkan dia didakwa terkena ilmu hitam yang dilakukan oleh
penculiknya,” katanya.
Menurutnya, misi menyelamat itu merupakan inisiatif Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Nur Idayu dibawa pulang dengan
selamat ke pangkuan keluarganya. Nur Idayu mengucapkan terima kasih kepada pihak membantunya. sinarharian
-- Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak (Gambar)
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)
Thursday, July 18, 2013
Wednesday, July 03, 2013
Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)
Natasha Hudson selamat melahirkan bayi perempuan pada 22 April lalu. Bayi tersebut merupakan anak hasil perkahwinan bersama Carleed Khaza
dan mereka telah sepakat menamakan bayi comel itu, Naeema Taqiyyah yang
membawa maksud keberkatan, ketenangan, soleh dan bertakwa.
Namun, setelah merujuk nama berkenaan kepada ulama dan mufti, Taqiyyah turut membawa maksud lain yang kurang bersesuaian. Bukan itu sahaja, malah peminat yang mengikuti perkembangan Natasha dan anaknya di laman Instagram turut bertanyakan makna nama anak kedua Natasha itu. Melalui laman berkenaan, Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson, 31, menjelaskan perkara itu telah dirujuk kepada pihak ulama dan dia telah menukar nama anaknya itu kepada Naeema Kalila.
"Saya tidak tahu yang Taqiyyah turut membawa makna pengikut ajaran Syiah sehinggalah saya menyertai majlis usrah. "Setelah bertanya mengenai perkara itu, saya dan suami bersetuju menukar namanya dengan makna lebih baik. "Dalam Bahasa Arab, Taqiyyah merujuk kepada perkataan bertakwa. Namun, kami tidak mahu ia mengundang salah faham dan kekeliruan pada masa akan datang. Jadi, ialah ditukar kepada Naeema Kalila," katanya.
Naeema Kalila adalah cahaya mata pertama Natasha bersama Carleed setelah mereka berkahwin pada April 2012 lalu. Ia merupakan perkahwinan ketiga buat Natasha. Hasil perkahwinan terdahulu, pelakon filem Langgar ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nessa Helena, 5. sinarharian
-- Diana Danielle Bersalin Anak Lelaki 4.3kg (Gambar)
-- Cinta Jangan Pergi Episod Akhir Sinopsis
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)