my nuffnang

Pages

Monday, October 29, 2012

Aaron Aziz Demam Dimasukkan Hospital

Aaron Aziz dimasukkan ke hospital pagi ini berikutan demam teruk dialaminya sejak beberapa hari lalu. Perkara itu disahkan oleh isterinya, Diyanah Halik melalui laman mikro Twitter. Menurut Diyana, Aaron mengalami demam teruk akibat pneumonia.


Namun, suhu badan Aaron dilaporkan sudah turun sedikit selepas menerima rawatan. Pneumonia merupakan jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh berlaku akibat demam. Diyana menulis, terima kasih atas ucapan daripada semua. "Sekarang dah turun sikit," katanya.

Wednesday, October 17, 2012

Keputusan Malaysia vs Hong Kong Menang 3-0

Kemarau Harimau Malaya memburu kemenangan pada aksi persahabatan antarabangsa di tempat lawan sejak 2007, akhirnya ternoktah selepas menewaskan Hong Kong 3-0 di Stadium Mongkok, Hong Kong malam tadi. Apa yang pasti, kemenangan itu pastinya menutup mulut pengkritik yang sebelum ini meragui percaturan jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.


Pada perlawanan malam tadi, Harimau Malaya yang bermula garang begitupun kecewa apabila percubaan awal kapten, Mohd. Safee Sali terus ke dakapan penjaga gol Hong Kong, Yapp Hung Fai pada minit ke-21. Peluang terbaik pelawat memecah kebuntuan sekali lagi hadir pada minit ke-36 namun rembatan pemain sayap, S. Kunalan sekadar singgah di palang gol hasil satu sepakan penjuru. Hung Fai sekali lagi bertindak cemerlang apabila menggagalkan percubaan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-39 dan 42.