my nuffnang

Pages

Wednesday, January 16, 2013

Listen Listen Let Me Speak Bawani vs Sharifah Zohra (Video)

Hari ni memang heboh perkataan Listen Listen Listen dan Let Me Speak ni. Puncanya dari video ni yang menjadi sumber trending di facebook juga youtube. Siap ada lagu parodi beb.  Boleh kata kebanyakan status update di fb gunakan perkataan Listen Listen Listen ni. Lawak pun ada..hehe. Jom tengok apa yang menarik mengenai video ni.


Camne, ok tak?

-- Aaron Aziz Dukung Adira Di AJL 27 (Gambar)
-- Himpunan Kebangkitan Rakyat KL 112 Stadium Merdeka (Gambar)

Tuesday, January 15, 2013

Datuk Siti Nurhaliza Bertudung Litup Di Ulang Tahun Kelahiran Ke 34 (Gambar)

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu keputusannya untuk bertudung litup mendapat sokongan daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Siti berkata, suaminya benar-benar gembira selepas beliau terbuka hati untuk melakukan kewajipan sebagai Muslimah iaitu menutup rambut sepenuhnya ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 34 pada 11 Januari lalu.

"Suami saya adalah antara yang sangat gembira dengan peralihan imej Siti dan boleh dikatakan dia juga merupakan tunggak yang banyak menyokong kepada perubahan ini. "Bagi Siti, ia adalah satu keikhlasan yang datang daripada diri dan berharap agar imej ini kekal sampai bila-bila,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Tambah Siti, dia juga menganggap perubahan yang dilakukan ini berkat daripada doa daripada dirinya sendiri, keluarga serta peminat apatah lagi selepas beliau mengerjakan haji sebelum ini.