Tiga kajian terbaharu yang disiarkan di Amerika Syarikat (AS) pada
minggu lalu mengesahkan terdapat kaitan antara minuman manis berkarbonat
dan air buah-buahan yang mengandungi kandungan gula tinggi dengan
penularan kegemukan atau obesiti dalam kalangan penduduk AS.
Menurut penulis satu kajian yang disiarkan jurnal New England Journal
of Medicine di online, pengambilan minuman tersebut meningkat lebih dua
kali ganda sejak tahun 1970-an. Kajian itu menyatakan pada tempoh masa yang sama, kadar obesiti dalam kalangan penduduk dewasa AS meningkat 30 peratus.
Tuesday, September 25, 2012
Sunday, July 22, 2012
Ariel Peterpan Bebas
Jika mengikut percaturan, vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel Irham yang popular dipanggil Ariel akan dibebas pada tahun hadapan.Bagaimanapun, mulai esok, Ariel yang dihukum penjara tiga tahun akibat kesalahan mengedar bahan pornografi akan dapat menghirup udara segar di luar jeriji besi.
Ketua Bahagian Kemasyarakatan Indonesia, Dedi Sutardi menerangkan, Ariel dibebaskan setelah dia menjalani dua pertiga masa hukumannya. "Selain itu, dia juga telah menjalani asimilasi dan berkelakuan baik selama di lembaga pemasyarakatan," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
