Gara-gara bermain cinta dengan isteri orang, seorang lelaki dipercayai diculik dan dibunuh sebelum mayatnya ditanam di sebuah tanah perkuburan bukan Islam di Ladang Sega Siliau. Kejadian berlaku apabila mangsa berusia 29 tahun dikatakan bermain cinta dengan seorang wanita yang merupakan isteri kepada suspek secara senyap-senyap.