Seorang maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan
membabitkan dua treler dan dua kereta di Km 257.2 lebuhraya
Utara-Selatan menghala Selatan berhampiran Terowong Menora di sini,
Isnin.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, pemandu lori treler yang
membawa muatan siling, M. Ukesparen, 31, disahkan mati di Hospital Raja
Permaisuri Bainun (HRPB).
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Abdul Gaffar Muhamad ketika
dihubungi berkata kejadian itu membabitkan treler berkenaan dengan
sebuah lagi treler yang membawa muatan bitumen serta dua kereta
masing-masing jenis Avanza dan Nissan Latio dengan kesemuanya dalam
perjalanan menghala ke Selatan.
Tuesday, November 19, 2013
Monday, November 11, 2013
Azhael Tersingkir Konsert Separuh Akhir AF 2013 Gagal Ke Final (Gambar)
Kejutan pada peringkat separuh akhir program Akademi Fantasia 2013
(AF 2013) apabila peserta duo daripada Kuala Lumpur iaitu Mohd Azhar
Osman dan Hal Husaini Azmi (Azhael) gagal mara ke peringkat akhir
selepas mendapat undian terendah pada persembahan minggu kelapan yang
diadakan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam
Ahad.
Azhael mendapat undian terendah sebanyak 15 peratus selepas menyampaikan dua buah lagu iaitu Kembali Merindu nyanyian asal kumpulan Slam dan Lelaki Ini (Anuar Zain). Pengumuman itu dibuat oleh 'Inspirer' minggu ini iaitu Datuk Siti Nurhaliza.
Penyingkiran Azhael sekaligus telah melayakkan lima finalis lain iaituNadia Amira Othman (Amira), Nur Nabila Mohd Razali (Nabila), Siti Ruhilah Hussien (Indah), Nur Aishah Aziz (Aishah) dan Mohd Faizul Sani (Faizul) mara ke peringkat akhir yang bakal diadakan di Stadium Negara pada 17 November depan.
Azhael ketika ditemui memberitahu walaupun sedih tidak dapat mara ke peringkat akhir namun redha dengan keputusan yang dibuat oleh pengundi dan menganggap rezeki tidak memihak kepadanya. "Ini bukan pengakhiran buat kami tetapi permulaan dan kami akan teruskan karier nyanyian selepas ini," ujarnya. Tiga pengkritik tetap AF 2013 terdiri daripada komposer Roslan Aziz, Pelakon Sharifah Amani dan Penyanyi dan komposer Edry KRU. mstar
-- Ahmad Busu Pi Mai Pi Mai Tang Tu Meninggal Dunia Akibat Strok (Gambar)
-- Datuk Bukhari Che Muda Meninggal Dunia CEO TV Al Hijrah (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Subscribe to:
Posts (Atom)