Empat termasuk seorang pekerja spa wanita warga China maut manakala
dua lagi cedera parah apabila dua buah kereta yang dipandu laju terbabas
dan melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad 1 menghala ke arah Semambu Kuantan semalam.
Mangsa-mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri pada pukul 4 pagi
itu ialah pemandu kereta Nissan GTR, Tan Kah Yong, 24, dari Klang,
Selangor dan penumpangnya wanita warga China, Bao Shanshan, 26.
Monday, October 08, 2012
Saturday, October 06, 2012
Syarikat Pelaburan Emas Diserbu Lagi Slps Genneva
Tiga lagi syarikat pelaburan emas di Kuala Lumpur telah diserbu kerana disyaki mengambil deposit secara haram. Premis bagi Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far
East Bhd diserbu pada Jumaat oleh Bank Negara, polis dan Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Antara lain, mereka sedang disiasat atas dakwaan melakukan pengubahan wang haram, pengelakan cukai, termasuk pernyataan palsu, dan pelantikan ejen tidak berlesen, kata Bank Negara dalam satu kenyataan. Mereka adalah syarikat pelaburan emas terbaru yang diserbu selepas Genneva Malaysia Sdn Bhd, yang sedang disiasat kerana kesalahan yang sama seperti yang disiarkan pada muka depan akhbar The Star pada Selasa.

Subscribe to:
Posts (Atom)