my nuffnang

Pages

Wednesday, July 24, 2013

Kate Middleton Bersalin Anak Lelaki 3.8kg Lepas 10jam (Gambar)

Kate Middleton selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.8kg di Hospital St Mary Paddington London. Putera William dan Duchess Of Cambridge itu dilaporkan bergerak ke hospital pada menjelang subuh dan selamat bersalin pada pukul 4.24petang.


Putera William juga dilahirkan ibunya Puteri Diana di hospital tersebut pada tahun 1982 lalu. Kate dan William bersama bayi mereka akan keluar hospital dan bergerak ke Istana Kensington hari ni.

Kelahiran bayi lelaki itu yang juga merupakan pewaris takhta ke 3 pastinya disambut gembira rakyat Britain.

-- Mayat Diikat Tangan dan Kaki Pada Tangga Di Padang Sidin Perlis (Gambar)
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)
-- Polis Putus Kaki Dilanggar Stabil (Gambar)

Thursday, July 18, 2013

Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)

Ibu tiga anak, Nur Idayu Aziz 34, yang dipercayai dilarikan sekumpulan warga Indonesia ke Jawa Timur hampir sebulan lalu, berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarga oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).


Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang menyambut ketibaan wanita itu bersama suaminya, Mohd Riduan Abdul Razak, 34, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan misi diketuai Setiausaha Agung KP1M, Abdul Khalid Chairul seminggu lalu.

Beliau berkata, wanita malang itu berjaya dikesan minggu lalu, disembunyikan di sebuah rumah di kawasan pedalaman Rambipuji di daerah Jember, kira-kira enam jam perjalanan dari Surabaya. “Ketika kami jumpa dia, keadaannya seperti tidak sedarkan diri malah langsung tidak mengenali suaminya dan kita mengambil masa tiga hari untuk mengubati dia dengan menggunakan kaedah rawatan Islam. “Sekarang keadaannya bertambah baik, biarpun tidak pulih sepenuhnya, kita dimaklumkan dia didakwa terkena ilmu hitam yang dilakukan oleh penculiknya,” katanya.

Menurutnya, misi menyelamat itu merupakan inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Nur Idayu dibawa pulang dengan selamat ke pangkuan keluarganya. Nur Idayu mengucapkan terima kasih kepada pihak membantunya. sinarharian

-- Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak (Gambar)
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Izzue Islam Mahu Segera Dapat Anak (Gambar)