Penyegar udara yang sering diletakkan di dalam kereta kita ataupun
di rumah mungkin berbau nyaman tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan
tanpa kita sedari. Enam produk penyegar udara yang biasa digunakan yang ditemui di pasar
raya dan kedai di seluruh negara telah diuji oleh sekumpulan pengguna,
mengandungi empat bahan kimia berbahaya iaitu - toluena, benzena,
formaldehid dan phthalates.
Kesemua produk didapati mengandungi salah satu daripada bahan kimia
terbabit pada paras tertinggi dengan phthalates - bahan mengganggu
sistem endokrin (EDS) - terkandung dalam empat daripada enam produk
tersebut. Pendedahan dalam tempoh yang lama kepada EDS boleh menjejaskan sistem imun dan otak.
Tuesday, September 10, 2013
Tuesday, July 30, 2013
Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
Seorang pegawai polis peronda menerima padah apabila mahkamah sesyen semalam menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan ke
atasnya kerana mencabul dan melakukan seks oral terhadap seorang pelajar
tingkatan tiga empat tahun lalu. Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha terhadap Ishak Mahmud, 49, yang
juga pegawai berpangkat Cif Inspektor bertugas di sebuah balai di
Pasir Puteh selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang
munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan pertama, Ishak didakwa melakukan persetubuhan luar tabii tanpa kerelaan mangsa di dalam sebuah kereta peronda polis di Kampung Air Terjun, Pasir Puteh jam 2 pagi, 2 Oktober 2009. Mengikut pertuduhan kedua, Ishak pada tarikh dan waktu yang sama didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa. Bagaimanapun hukuman pemenjaraan diarahkan berjalan serentak bagi pertuduhan pertama dan kedua.
Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nor Hilwani Mat Rifin meminta mahkamah mengambil kira faktor kedua-dua kesalahan yang dilakukan tertuduh amat serius. “Sepatutnya sebagai seorang polis menjadi pelindung. Saya memohon mahkamah ambil kira kesan trauma yang dialami pengadu sebelum membuat keputusan,” katanya.
Peguam tertuduh, Datuk Mohd Shukri Mohamad meminta mahkamah untuk penangguhan hukuman bagi membolehkan rayuan di Mahkamah Tinggi. Azman membenarkannya jaminan RM15,000 dengan syarat dijamin isterinya. sinarharian
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Budak 14 Tahun Dirogol Bergilir Gilir 8 Lelaki (Gambar)
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)

Subscribe to:
Posts (Atom)